Assalamualaikum wbt people!!



Apa kata, sempena di hari  baik ini (yes, today is Friday), let's forget for a while or put aside semua cerita2 tentang my wedding preparations ni..tiba2 saya mendapat ilham secara random untuk membuat satu post di blog ini mengenai satu tajuk yang lebih Islamic yang dapat menbantu kita sedikit sebanyak bermuhasabah diri setelah kita banyak lalai dengan 'keseronokan' dunia..sesekali kena lah ada 'makanan rohani' lebih2 lagi hari jumaat(lunch hour pun lebih panjang dari hari2 biasa, ye tak?). Lagipun, lately saya banyak mendapat/mendengar/membaca pelbagai berita mengenai 'musibah'. I may not be a right person to talk about this, what more to advice others. Sekadar nak berkongsi pendapat, mana tau post saya ni dapat membantu readers yg tgh problem skrg ni mendapat semangat baru and berhenti bersedih. walau pun saya akui me, myself I'm not strong enough to face any 'musibah' if it happens to me. Na'uzubillah. Confirm saya akan jadi 'mental' secara on and off ('mental on and off tu mcm ni, kalau saya teringat kata2 semangat saya akan tabah, tapi klu 'ubat' dah habis or kata2 semangat hilang, mulalah nak 'hangin' satu badan sbb tension fikir masalah. Itu klu sayalah dilanda musibah. Anda bagaimana?hihihi) Tetapi, klu perkara dah berlaku, kita terpaksa juga hadapi dengan tabah kerana kita tiada kuasa untuk 'rewind' kepada masa lalu. Apa yang perlu kita lakukan sekiranya berlaku sesuatu musibah adalah, fikirkan jalan penyelesaian, usaha dan berdoa.

Tak silap saya, saya pernah mendapat forward messages dari one of my friends yang berbunyi lebih kurang mcm ni (setelah diedit oleh saya sendiri):
saya telah berdoa kepada Allah supaya diberikan seekor rama-rama, tetapi Allah telah memberikan saya seekor ulat bulu. Saya sedih, walau bagaimanapun, saya masih menjaga ulat bulu tersebut. Beberapa hari selepas itu, ulat bulu tersebut telah bertukar menjadi seekor rama-rama yang sangat indah. Dan saya sangat gembira.
Sebenarnya saya dah lupa ayat yang sebenarnya, so saya rephrase dia punya gist mengikut ayat saya sendiri. sorrilah klu 'kata-kata' di atas tak berjaya 'menyentuh' dan memberikan kesedaran kepada readers. Tapi pada pendapat saya, mesej di atas itu sebenarnya hendak memberitahu kita bahawa setiap kejadian yang berlaku dalam dunia ini, khususnya yang berlaku pada diri kita, ada hikmah disebaliknya. Jadi kita tak perlu lah bersedih bagai nak rak, frust menong*ng, or jadi gila sekejap sebab tak tahan dengan segala dugaan or ujian yang Allah berikan. Apa yang kita perlu buat adalah bersabar, berdoa kepada Allah supaya Allah memberikan kita kekuatan dan petunjuk kepada satu jalan penyelesaian yang terbaik dalam menghadapi ujian or dugaan tersebut. Dan jangan lupa untuk berusaha.

Sebagai contoh, sekiranya kita pernah kehilangan sesuatu barang yang sangat berharga, mungkin kerana satu hari nanti Allah akan menggantikan barang yang lebih baik buat kita. Begitu juga, sekiranya kita kekurangan wang atau hilang pekerjaan, mungkin pada satu masa Allah akan mengurniakan kita dengan rezeki yang melimpah ruah. Allah SWT mungkin ingin menguji kita dahulu dengan pelbagai ujian dan cabaran yang mungkin perit, tetapi akhirnya melimpahkan kita dengan kegembiraan dan rezeki setelah kita puas berusaha dan berdoa kepadaNYA. Sesungguhnya, Allah SWT amat menyayangi hamba2NYA dan Maha Adil.

Macam kata-kata di atas tersebut, kita mungkin tak dapat apa yang kita minta serta merta, tetapi Allah memberikan kita sesuatu yang memberikan kita 'jalan' bagi mendapatkan apa yang kita inginkan. Sesuatu benda yang kita inginkan yang kita dapat hasil dari usaha dan doa, lebih bermakna dari sesuatu yang kita dapat tanpa usaha dan doa. Betul tak?

Oleh yang demikian, setiap musibah yang kita terima hendaklah kita anggap sebagai ujian Allah yang mengajar kita erti kesabaran dan merapatkan diri kita kepadaNYA. Musibah tidak selama-lamanya pahit, kemanisannya akan kita kecapi sekiranya kita bersabar dan berdoa kepada Allah SWT. Jadi, renung2kan dan selamat beramal (pinjam tagline ustaz kat HOT FM)  >;)

to da loo...

0 comments:

Post a Comment